Semangat Kemerdekaan bukan sahaja dizahirkan menerusi laungan 'Merdeka', tetapi boleh diterjemahkan melalui pelbagai cara.<br /><br />Bagi seorang peniaga kecil ini, Datu Sharif Jamar Pokoh, dia membuat mini galeri di beranda rumahnya sempena Hari Kebangsaan 2022.<br /><br />Ketika ditemui Awani Borneo, Datu Sharif akui dia terpanggil membuat mini galeri itu bagi berkongsi dengan masyarakat mengenai sejarah Kemerdekaan negara.
